ROAD SYSTEM RESOURCES
NO,37 JALAN SEKSYEN 1/23,TAMAN KAJANG UTAMA,
43000 KAJANG SELANGOR DARUL EHSAN
HP : Pn Aisyah (013-2191862)
EMEIL : rsr_easymix@yahoo.com
01. LATAR BELAKANG
Road System Resoures telah ditubuhkan pada 17 Febuari 2011. Syarikat ini dimiliki ORANG MELAYU oleh dua orang ahli perkongsian iaitu Encik Noor Othman Bin Ayob dan Encik Farid Bin Sarkom@Hj Othman.
Bidang utama pengeluaran syarikat adalah "Cold Premix" untuk kegunaan menampal jalan,tampalan konkrit termasuk lalauan pejalan kaki,petak tempat letak kereta dan seumpamanya.
Produk keluaran syarikat ini dikenali sebagai Easy Cold Premix(ECP).Produk ini juga amat sesuai bagi kerja-kerja segera penamapalan jalan.ECP boleh digunakan pada sebarang cuaca baik hujan ataupun panas.Boleh juga digunakan untuk penurapan kering ataupun dalam keadaan basah.Ianya dicipta bagi ketahanan yang optimum pada sebarang keadaan cuaca.ECP juga memerlukan premier (tack-coat) kerana bahan edmulsi yang digunakan dalam pembuatan,ECP akan memberikan kekuatan pada permukaan yang dibaiki.
Malah Road System Resources juga mempunyai anak syarikat tersendiri iaitu Irfamas Idaman Enterprise dan di punyai oleh pemilik yang sama.Tujuan ditubuhkan syarikat ini adalah untuk memperkembangankan lagi produk yang dikeluarkan oleh syarikat induk.Irfamas Idaman Enterprise juga mempunyai lesen-lesen yang diperlukan bagi memenuhi syarat-syarat tender.
Pihak syarikat menaruh harapan yang tinggi diatas usaha yang dilakukan untuk maju kehadapan memandangkan bidang pembuatan bahan binaan jalan yang diceburi oleh bumiputra amatlah kurang.
02.BIDANG PERNIAGAAN UTAMA
Bidang perniagaan utama (RSR) adalah menyediakan perkhidmatan dan pembuatan Easy Cold Premix (Premix Sejuk) dalam bentuk :-
- ECP Pail Grade A
- ECP Pail Grade B
- ECP Bag
Dengan pengalaman yang luas dalam pembuatan produk-produk tersebut dan perkhidmatan pembekalan yang berkualiti sama ada kepada agensi kerjaan mahupun swasta,syarikat ini yakin akan dapat mencapai tujuan penubuhannya dan seterusnya dapat memuaskan keperluan dan kehendak para pelangganya.
03. DOKUMEN PERNIAGAAN
ROAD SYSTEM RESOURCES
- Perakuan Pendaftaran (SSM)
- Maklumat Pemilik (SSM)
- Lesen Perniagaan (MPK)
IRFAMAS IDAMAN ENTERPRISE
- Perakuan Pendaftaran (SSM)
- Maklumat Perniagaan (SSM)
- Maklumat Pemilik (SSM)
- Sijil Akaun Pendaftaran Syarikat (KKM)
- Sijil Akaun Pendaftaran Syarikat Bumiputra (KKM)
- Sijil lesen G2 (CIDB)
04. PRODUK
Produk ini dikategorikan sebagai produk " Mesra Alam " sebagaimana kempen kerajaan untuk mengurangkan kesan penghakisan lapisan ozon.Ini adalah kerana produk ini tidak memerlukan pembakaran sebagaimana hot premix.Sebaigamana langkah-langkah yang diambil oleh sesetengah syarikat untuk menyumbang kearah mesra alam,syarikat ini bertanggungjawab melaksanakan langkah-langkah yang serupa .Ini sedikit sebanyak menyahut seruan kerajaan dalam kempen menuju kearah persekitaran yang sihat.
Produk ini amat sesuai digunakan dalam sebarang keadaan cuaca.Ia boleh di gunakan untuk menampal di dalam keadaan lubang yang "bertakung air" ataupun hujan mahupun keadaan cuaca panas.
Produk ini mudah untuk di bawa kerana ini di bungkus di dalam Tong(pail) berat 25kg dan Kampit(bag) berat 25kg.
05. KAEDAH PENGUNAAN
Video demonstrasi kerja-kerja penampalan lubang yang bertakung air.
Langkah 1
- ECP dikeluarkan dari tong atau beg
- ECP diratakan di kawasan bekernaan
Langkah 3
- ECP dimampatkan/dipadatkan
- kerja selesai .
06. PENUTUP
Berbekalkan pengalaman dan produk yang berkualiti,syarikat ini yakin akan dapat memberi perkhidmatan terbaik yang dapat memenuhi dan memuaskan kehendak para pelanggan.
Disamping itu,syarikat ini juga komited terhadap ketepatan masa dan perkhidmatan selepas jualan yang efisen.Kami mempunyai harapan yang besar agar syarikat boleh bersaing secara sihiat.
Akhir kata,kami berharap dapat diberi peluang dalam bidang pengeluaran dan pengedaran produk ini.
"TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN ANDA"